icon-search

Terma dan Syarat

Cara membuat tempahan

  1. Tempahan boleh dibuat di laman sesawang www.pasarbesarklang.com.

  2. Semua tempahan yang dibuat sebelum 10 malam akan dihantar keesokan hari.

  3. Semua tempahan yang dibuat selepas 10 malam akan dihantar dalam masa dua (2) hari.

Polisi Penghantaran

  1. Kesemua penghantaran akan dikendalikan oleh kurier kami sendiri.

  2. Penghantaran barang yang ditempah akan dilakukan dari Pasar Besar Klang kepada pelanggan di kawasan terpilih.

  3. Caj penghantaran ke alamat pelanggan akan ditentukan secara flat rate mengikut poskod kawasan penghantaran yang di bawah perkhidmatan kami.

  4. Alamat untuk penghantaran tempahan hendaklah diisi dengan tempat.

  5. Kami akan melakukan semua usaha yang wajar untuk membuat penghantaran barang yang ditempah kepada pelanggan. Namun demikian, penghantaran mungkin tidak dapat dilengkapkan diatas sebab:

  • Nombor telefon yang diberikan tidak dapat dihubungi;

  • Alamat penghantaran salah telah diberikan; dan / atau

  • Pelanggan atau wakil tidak bersedia untuk menerima pesanan di alamat yang disediakan.

  1. Jika penghantaran tidak dapat dibuat, barang tempahan akan dipulangkan ke Pasar Besar Klang

  2. Jika penghantaran barang tidak dapat dilengkapkan dan barang dipulangkan, pelanggan diminta untuk mengatur semula penghantaran hari yang sama (same-day delivery) sebelum jam 12:00 tengah hari melalui talian khidmat pelanggan Whatsapp kami. Caj tambahan akan dikenakan untuk penghantaran semula dan pembayaran mesti dibuat secara tunai kepada kurier kami.

  3. Sekiranya kurier kami sekali lagi gagal untuk melengkapkan penghantaran kerana satu atau lebih sebab di bawah perkara nombor 6 di atas, www.pasarbesarklang.com berhak untuk membatalkan pesanan dan pemulangan bayaran balik tidak akan diberikan.

  4. Sekiranya pesanan tidak dituntut atau tiada usaha untuk mengatur penghantaran lain sebelum jam 12:00 tengah hari, www.pasarbesarklang.easy.co berhak untuk membatalkan pesanan dan pemulangan bayaran balik tidak akan dibuat.

Masa Penghantaran

  1. Kurier kami akan memulakan penghantaran tempahan dari Pasar Besar Klang di antara jam 09:00 dan 11:00 pagi.

  2. Penghantaran ke alamat pelanggan yang diberikan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit setelah barang tempahan di ambil oleh kurier di Pasar Besar Klang

Polisi Pembatalan Tempahan

  1. Sebarang permintaan untuk pembatalan tempahan mesti dibuat melalui nombor WhatsApp Perkhidmatan Pelanggan kami sebelum pada jam 10:00 malam sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan.

  2. Permintaan pembatalan tempahan yang dibuat dalam jangka masa ini akan mendapat pembayaran balik melalui cara pembayaran yang sama dibuat oleh pelanggan, dan tidak termasuk sebarang bayaran penghantaran.

  3. Tiada pembatalan atau perubahan kepada tempahan dapat dilakukan setelah jam 10 malam sehari sebelum hari penghantaran yang dijadualkan

Polisi Pembayaran Balik

  1. Setelah barang tempahan diterima, permintaan pembayaran balik boleh dilakukan untuk barang yang cacat, rosak atau di salah dikirim.

  2. Sebarang permintaan pembayaran balik boleh dilakukan melalui melalui talian khidmat pelanggan Whatsapp kami.

  3. Bukti tempahan mestilah ditunjukkan untuk sebarang permintaan pembayaran balik.

  4. Sebarang permintaan pembayaran balik hendaklah dilakukan pada hari yang sama.

  5. Jika barang yang ditempah mengalami ketiadaan stok pada hari penghantaran, pemulangan balik penuh akan dibuat untuk barang tersebut. 

  6. Bukti fotografi mungkin diperlukan untuk barang yang dianggap cacat, rosak atau di salah kirim.

  7. Semua proses pembayaran balik akan dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja.

  8. Pembayaran balik akan dibuat ke kad debit atau kad kredit asal atau akaun bank dalam talian yang digunakan untuk membuat pembelian.

  9. Tiada pembayaran balik akan diberikan untuk pesanan yang telah dibatalkan oleh www.pasarbesarklang.com.


Powered by Froala Editor

Your cart is currently empty.
Continue shopping